Baru-baru ini, pempengaruh media sosial, View Chin yang pernah menjadi kontroversi dilaporkan bercuti dengan anak-anak.
BACA: “Saya Akan Sayang Dia Ketat-Ketat” – View Chin Dan Mira Sudah Berkahwin?
Percutian tersebut turut disertai kekasih View Chin iaitu Mira yang sebelum ini dikaitkan sebagai penyondol.
Shermine minta netizen tak perlu risau, tahu anak-anak bercuti dengan Mira

Susulan itu, ada segelintir netizen tampil mengadu kepada bekas isteri View Chin. Rupa-rupanya bekas isteri View Chin, Shermine Ah Moi sudah dimaklumkan mengenai percutian tersebut.
Shermine menjelaskan dia sudah move on dengan hidup masing-masing dan tidak rasa terganggu. Malah, dia sendiri menerangkan kepada anak-anak bahawa percutian bersama bapa mereka turut disertai kekasih bapa mereka.
Siap nasihat anak jangan nakal, hormat aunt
Dia menasihati anak-anak supaya tidak nakal dan menyapa ‘aunt’ dengan baik. Selain itu, Shermine meminta anaknya tidak ‘buat perangai’ yang membuatkan ‘aunt’ berasa tidak selesa.
Shermine meminta netizen tidak bimbang kerana tidak mungkin anaknya akan direbut wanita lain. Jelasnya, hubungan ibu dengan anak sangat kuat kerana dialah yang melahirkan dan membesarkan mereka.
Sikap profesional dan matang Shermine menerima pujian ramai kerana keupayaannya mengutamakan kebahagiaan anak-anak walaupun berdepan cabaran emosi.
#OhmediaNasihat
Kisah ini menunjukkan kepentingan bersikap matang dalam menghadapi konflik keluarga, terutama demi kebahagiaan anak-anak. Kebijaksanaan Shermine dalam mengurus emosi dan menjaga hubungan baik menjadi contoh yang patut diikuti.





