Pelesenan media sosial: MCMC sedang teliti dokumen penyedia perkhidmatan

Pelesenan media sosial: MCMC sedang teliti dokumen penyedia perkhidmatan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang meneliti dokumen yang dikemukakan penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial bagi proses pelesenan media sosial.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata, setakat semalam, Meta Platforms Inc (Meta) sudah menghantar sejumlah dokumen.

“Kita sedang proses dan kita jangkakan dalam masa yang tak terlalu lama akan kita lesenkan.

“Yang lain seperti yang saya sebut sebelum ini untuk Google, Microsoft yang menguruskan LinkedIn dan juga X, MCMC sedang susuli dan masing-masing mempunyai pandangan (berkaitan pelesenan),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran ChatBot Sebenarnya.my di sini, hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top