Selamat Tahun Baharu Cina, kesihatan adalah kekayaan – Hannah

Selamat Tahun Baharu Cina, kesihatan adalah kekayaan – Hannah

sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Tionghua di negara ini yang bakal menyambut perayaan itu esok.

Beliau berkata, setiap orang perlu menjaga keselamatan dan kesihatan kerana itu adalah elemen paling penting dalam kehidupan seseorang.

“Saya mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada semua dan yang balik kampung, berhati-hati di jalan raya. Ingat, kesihatan adalah kekayaan,” katanya yang ditemui ketika sambutan Tahun Baharu Cina Majlis Sukan Negara (MSN).

Sementara itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim pula berharap lebih banyak kejayaan diperoleh semua terutama atlet negara pada 2025.

“Saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua rakan atlet, jurulatih warga sukan dan penyokong yang bakal menyambutnya tahun ini.

“Semoga Tahun Baharu Cina ini membawa lebih banyak kejayaan dan kecemerlangan buat kita di samping kebahagiaan bersama orang tersayang,” katanya.

Memasuki tahun baharu kalendar lunar pada 29 Januari 2025, Tahun Ular adalah tahun kedua dalam kitaran ‘feng shui’ yang berlaku sekali dalam tempoh 180 tahun dan dijangka membawa kegembiraan, tenaga positif dan kemakmuran berlipat ganda.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top