Nilai, impak penampilan selebriti popular

Nilai, impak penampilan selebriti popular

Kuala Lumpur: Selebriti popular tanah air antaranya Awal Ashaari, Scha Alyahya, Aina Abdul, Fattah Amin, Nora Danish dan Sophia Albarakbah dipilih sebagai wajah rasmi jenama gaya hidup, Amber di bawah naungan Usanita Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd Datuk Adzliana Hasan berkata pelantikan selebriti terbabit bukan sekadar simbol kejayaan mereka dalam bidang masing-masing malah melambangkan kepercayaan terhadap nilai dan impak dibawakan.

“Kehadiran mereka bukan hanya melibatkan kerjasama komersial tetapi juga simbolik kepada aspirasi gaya hidup yang premium dan moden.

“Langkah strategik ini dijangka membawa ia ke tahap baharu, menjadikannya nama utama dalam industri fesyen, kecantikan dan gaya hidup di negara ini seterusnya ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Dalam majlis sama, Amber turut merasmikan butik flagship pertamanya yang terletak di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur.

Kolaborasi antara Amber dan selebriti terkenal tanah air turut mencerminkan usaha mereka untuk mewakili pelbagai peringkat usia dan golongan.

Pemilihan Awal Ashaari dan Scha Alyahya, pasangan selebriti yang terkenal dengan gaya hidup moden dan keluarga bahagia, menjadi inspirasi kepada pasangan muda dan ibu bapa.

Aina Abdul, dengan kredibilitinya dalam industri muzik, membawa elemen keberanian dan kreativiti kepada jenama, sesuai untuk generasi yang mahukan ekspresi diri yang berani.

Sementara itu, Fattah Amin dan Nora Danish dikenali sebagai ikon popular dalam dunia hiburan yang mewakili keseimbangan antara gaya hidup profesional dan keluarga.

Sophia Albarakbah pula bintang muda melonjak naik mewakili generasi baharu dengan semangat inovasi dan keanggunan moden.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top