rnoraina@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Polis mengesahkan menerima laporan daripada isteri kepada pelawak Along Cham iaitu Afreena Suhaimi berhubung kes penipuan dana berjumlah hampir RM100,000.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, laporan dibuat wanita terbabit di Kajang, Selangor.
“Isterinya (Afreena) buat laporan ditipu seseorang.
“Kes berkenaan sedang disiasat polis,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan Afreena tampil membuat laporan polis terhadap seorang individu dikenali sebagai Ika atas dakwaan menipu wang berjumlah RM95,180.
Afreena dilaporkan berkata, wang itu diserahkan dengan niat untuk membantu membebaskan suaminya daripada tahanan.
Afreena hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang semalam bagi membuat laporan berkenaan, sambil bertegas kebenaran akan terungkap.
“Selesai buat laporan polis. Seleweng RM100,000? Kebenaran akan menang pada akhirnya,” tulisnya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




