harisfadli@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Lelaki yang disyaki mengugut pelawak, Harith Iskander dan keluarganya baru-baru ini, akan didakwa esok.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, suspek berusia 31 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Kuala Lumpur.
“Dia akan menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu Harian Metro melaporkan, reman ke atas suspek berkenaan disambung sehingga esok bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung kes ugutan terbabit.
Sebelum itu, polis dilapor menahan suspek Sabtu lalu, disyaki membuat ugutan kepada Harith Iskander dan keluarganya.
Penahanan susulan laporan polis dibuat pengurus pelawak itu di Balai Polis Dang Wangi pada 23 Januari.
© New Straits Times Press (M) Bhd




