Kongsi Video Tindik Kening Demi Watak, Trisha Ooi Terima Pujian Ramai – “Nanti Akan Tinggal Kesan…”

Kongsi Video Tindik Kening Demi Watak, Trisha Ooi Terima Pujian Ramai – “Nanti Akan Tinggal Kesan…”

Pelakon, Trisha Ooi menerima pujian selepas dia berkongsi sebuah video memaparkan dirinya menindik kening.

Menerusi video tersebut, Trisha atau Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi, 25, berkata dia ‘berkorban’ banyak perkara demi watak Diyana bagi sebuah drama bersiri terkenal One Cent Thief musim kedua.

“Apabila saya menerima panggilan itu, saya dipenuhi dengan rasa syukur, menyedari bahawa perjalanan ini akan menuntut segala-galanya daripada saya.

“Saya menindik kening, memotong rambut pendek, dan berlatih dengan gigih untuk menjadi D secara fizikal. Dari segi mental, saya mendalami dunianya—masa lalunya, cara berjalannya, suaranya, malah tabiatnya yang paling kecil,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminatnya memuji keberanian Trisha yang sanggup menindik kening meskipun mengetahui ia akan meninggalkan kesan pada wajahnya.

@itstrishaooi

Finally dapat share dengan korang salah satu preparation untuk watak Diyana — or as she likes to be called, “D”. When I got the call, I was overwhelmed with gratitude, knowing this journey was going to demand everything from me. I pierced my eyebrow, cut my hair short, and trained hard to become D physically. Mentally, I immersed myself in her world—her past, her walk, her voice, even her smallest habits. Bringing D to life has been a labor of love, and I can’t wait for you to meet her. So mark calendar korang, 31st January 2025! One Cent Thief season 2 🔥 #OneCentThiefS2 #AstroOriginals #AstroShaw

♬ Grillz – Nelly

Scroll to Top