Suspek ‘Scam’ Isteri Along Cham Ada Lima Rekod Kes Penipuan, Dikehendaki Polis | Oh! Media

Suspek ‘Scam’ Isteri Along Cham Ada Lima Rekod Kes Penipuan, Dikehendaki Polis | Oh! Media

Seorang wanita yang disiasat kerana menipu isteri pelakon dan pelawak Along Cham dengan jumlah RM95,180 rupa-rupanya sudah memiliki lima rekod kes penipuan di empat negeri.

Lapor Sinar Harian, lima rekod kes penipuan tersebut melibatkan empat negeri iaitu di Sabah, Negeri Sembilan, Kedah dan Selangor.

Suspek ada 5 kes penipuan, dikehendaki polis

Isteri Along Cham buat laporan polis dakwa ditipu RM95,180

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, wanita itu turut dikehendaki berkait laporan di Tanjung Aru, Sabah.

Suspek kini direman selama empat hari, manakala suaminya pula direman selama tiga hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Di bawah seksyen ini, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Polis siasat dakwaan suspek tawar bantuan turun seksyen Along Cham

suspek

Selain dakwaan menipu sejumlah wang, pihak polis juga menyiasat sama ada wujud penglibatan pihak berkuasa berhubung dakwaan suspek yang kononnya boleh membantu menukar seksyen tuduhan terhadap Along Cham.

Kita sedang siasat dakwaan siapa pihak berkuasa terlibat itu sama ada polis atau agensi lain atau juga satu tuduhan kepada pihak berkuasa.

Terdahulu, satu laporan dibuat oleh Afreena Suhaimi mendakwa dirinya tertipu selepas suspek menjanjikan bantuan untuk menukar seksyen hukuman di mahkamah.

Pada Disember lalu, Afreena telah bertemu dengan suspek dan bersetuju membayar RM95,180 ke dalam dua akaun bank yang diberikan.

Namun, selepas bayaran dibuat, suspek gagal menunaikan janjinya. Menyedari dirinya ditipu, Afreena segera membuat laporan polis.

#OhmediaNasihat

Pengajarannya di sini, jangan mudah percaya dengan individu yang menawarkan jalan pintas untuk menyelesaikan isu berkaitan undang-undang. Semoga keadilan untuk pihak yang teraniaya dalam kes ini.


Scroll to Top