am@hmetro.com.my
Kota Kinabalu: Sebanyak lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah di Sabah yang terjejas banjir sudah ditutup.
Setakat 5 petang tadi, PPS yang ditutup adalah tiga di Telupid, dua di Beluran dan masing-masing satu di Paitan, Sandakan dan Kota Belud.
Ia sekali gus menyaksikan penurunan keseluruhan mangsa banjir di Sabah yang ketika ini mempunyai 5,162 orang (1,789 ketua isi rumah(KIR) di 34 PSS, berbanding pagi tadi 5,617 orang (1,899 KIR).
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah dalam kenyataan berkata,
Kota Marudu kekal mempunyai mangsa banjir teramai dengan 2,944 orang (1,095 KIR) di 10 PPS.
“Pitas menjadi daerah kedua paling ramai merekodkan mangsa banjir iaitu seramai 766 orang (269 KIR) yang kini berada di lima PPS, diikuti Lahad Datu (476 mangsa), manakala Telupid (288 mangsa),” katanya.
Sementara itu, daerah-daerah lain terjejas banjir ialah Paitan (240 mangsa, 87 KIR, enam PPS), Kota Belud (229 mangsa, 68 KIR, empat PPS), Beaufort (108 mangsa, 31 KIR, satu PPS), Beluran (57 mangsa, 20 KIR, tiga PPS) dan Tongod (54 mangsa, 13 KIR, satu PPS).
© New Straits Times Press (M) Bhd




