Selalu Bawa Watak Sedih, Wanita Teraniaya… Nelydia Senrose Kini Nak Cabar Diri – “Saya Tiada Masalah Bawa Watak Penyondol”

Selalu Bawa Watak Sedih, Wanita Teraniaya… Nelydia Senrose Kini Nak Cabar Diri – “Saya Tiada Masalah Bawa Watak Penyondol”

Pelakon, Nelydia Senrose mengakui sudah ‘tepu’ membawa watak wanita sedih atau teraniaya.

Ketika ditemui XTRA, Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 31, mahu mengambil watak yang mencabar bakat dan emosi seorang pelakon, selain turut terbuka untuk membawa karakter seorang penyondol.

“Bila dah lama dalam industri ni saya selalu bawa watak wanita yang teraniaya, asyik sedih.. kali ini saya rasa macam nak cabar diri sendiri dan buat sesuatu yang baru.

“Saya nak bawa watak yang keluar dari zon selesa saya misal kata nak bawa watak wanita antagonis, sesuatu yang lebih mencabar dan menguji bakat lakonan dan emosi saya, selain dapat memberi kesan kepada penonton dari segi mesej yang baik.

“Watal penyondol bagi saya tiada masalah, sebab kita kan pelakon sehabis baik cuba untuk menghidupkan watak yang diberikan. Sekurangnya kalau dapat watak lain tak adalah perjalanan seni saya tu sama rata saja tidak berkembang,” katanya.

Nelydia berkata demikian ketika ditemui di sesi penggambaran bagi drama Seindah Hujan Cinta di Sri Pentas, Bandar Utama, baru-baru ini.

Ketika disoal sama ada dia akan kembali aktif dalam bidang lakonan, Nelydia bagaimanapun berkata perkara itu bergantung kepada tawaran dan masa jadual penggambaran.

“Saya lebih selektif tentang watak dan naskhah drama. Nak kata kembali aktif tu tengok dulu pada jadual masa dan kalau ada yang saya suka,” ujarnya.

Berkongsi mengenai perkembangan terkini, Nelydia bakal membintangi sebuah drama Seindah Hujan Cinta di TV3 yang digandingkan bersama aktor Yusuh Bahrin selepas hampir setahun tidak terlibat dalam mana-mana penggambaran.

@lxeen1907

Part 1 live kedua @Nelydia 28/1/2025.. #fyp #nelydiasenrose #zarita #seindahhujancinta #nohate #justlove

♬ tulus 100 tahun lamanya – Bomaxxx

Artikel Berkaitan: Terus Kunci Mulut Isu Buka Tudung, Nelydia Senrose Berusaha Perbaiki Diri Ke Arah Kebaikan

Scroll to Top