Bella Astillah Fokus Dengar Ayden Bercerita, Netizen Komen: “Bijaknya! Ada Ciri-Ciri Boleh Debate Macam Syed Saddiq”

Bella Astillah Fokus Dengar Ayden Bercerita, Netizen Komen: “Bijaknya! Ada Ciri-Ciri Boleh Debate Macam Syed Saddiq”

Anak sulung pelakon, Bella Astillah iaitu Ayden menerima pujian ramai selepas tular video memaparkan dirinya ‘berhujah’ atau bercerita mengenai isu melanda rakyat Palestin.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Bella di platform TikTok miliknya, Ayden menerangkan kepada ibunya mengenai kekejaman rejim Israel terhadap Gaza tanpa belas kasihan.

Pagi pagi kasi bangun mummy untuk bercerita pasal P🍉 almost everyday kalau bella nda shooting begini lah si Ayden,” tulis Bella.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat bahawa gelagat Ayden itu seperti Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang kini dilihat semakin rapat dengan Bella.

Malah, ada juga yang mengusik mengatakan Ayden beruntung kerana mempunyai bakal bapa tiri yang bijak sekali gus boleh mengajarnya cara untuk debat.

@bellaastillah_94

Pagi pagi kasi bangun mummy untuk bercerita pasal P🍉 almost everyday kalau bella nda shooting begini lah si Ayden.

♬ original sound – Bella Astillah – Bella Astillah

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nora Danish ‘Approve’ Bella Astillah & Syed Saddiq – “Kita Tahu Kalau Orang Buat Content Dengan Real… It’s True Love”

Scroll to Top