Tular di TikTok satu rakaman video memaparkan seorang wanita pertengahan usia disyaki mencuri beg tangan di sebuah rumah.
Difahamkan, ketika kejadian ada majlis kenduri dan mak cik berkenaan menyamar sebagai salah seorang tetamu.
Wanita dalam video viral dikehendaki
Dia disyaki meminta izin masuk ke rumah kerana ingin menggunakan tandas. Namun, malangnya kamera litar tertutup (CCTV) di dalam rumah menangkap perbuatannya mengambil sebuah beg tangan di atas almari.
Menyamar sebagai tetamu, tumpang tandas dan melarikan wang ringgit sebanyak RM 2,500.
Menerusi maklumat yang dikongsikan TikTok Malayan Secret Society, kejadian berlaku pada 1 Februari 2025 jam 12.40 tengah hari.
Kejadian di Pasir Mas

Lokasi kejadian kecurian adalah di Kampung Tasek Berangan, Pasir Mas Kelantan. Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai individu yang disyaki boleh menyalurkan maklumat ke IPD Pasir Mas untuk membantu siasatan.
#OhmediaNasihat
Kes ini menjadi peringatan buat semua agar lebih berhati-hati ketika mengadakan majlis keramaian. Pastikan barang berharga disimpan di tempat selamat dan elakkan meninggalkan rumah tanpa pemantauan. Paling penting, pasang CCTV sebagai langkah keselamatan tambahan!





