Pengacara popular, Fedtri Yahya berkongsi khabar duka apabila kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) yang menghidap penyakit palsi serebral disahkan meninggal dunia beberapa hari lalu.
Menurut Fedtri atau nama lengkapnya Ahmad Fedtri Yahya di laman X, Muhammad Danish Iskandar Abdullah telah ditinggalkan oleh ibu bapa kandungnya ketika usia empat bulan.
Anak OKU hidap palsi serebral

Artikel lain: Lelaki luah rindu, isteri koma lebih 17 hari selepas lahirkan anak emergency caesarean
Pun begitu, pengasuh kepada kanak-kanak istimewa tersebut yang dikenali sebagai Noraini Muda, 49, telah menggalas tanggungjawab menjaga Muhammad Danish Iskandar sehingga meninggal dunia pada usia 19 tahun.
“Al-Fatihah, adik ini sudah meninggal dunia..anak syurga,” ujar Fedtri Yahya ringkas.
Anak OKU hidap palsi serebral

Salam takziah
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan takziah buat penjaga kepada arwah Muhammad Danish Iskandar yang sudah banyak berkorban dalam menjaga anak syurga itu.

Pada tahun 2019, kisah Muhammad Danish Iskandar Abdullah yang derita penyakit Palsi Serebral mendapat perhatian ramai apabila dia telah dijaga oleh pengasuhnya selepas ditinggalkan ibu bapa kandung sejak usia empat bulan lagi.
Noraini Muda yang ketika itu berusia 43 tahun berlapang dada untuk menjaga kanak-kanak istimewa tersebut di kediamannya yang terletak di Kampung Laut, Kuala Terengganu.

Sumber: Utusan Malaysia, X @Fedtri Yahya




