Netizen Pakat ‘Spam’ TikTok Live Tulis Nama ‘Syed Saddiq’, Aliff Aziz Didakwa Koyak?- “Dia Tak Respons Komen, Buat-Buat Busy” 

Netizen Pakat ‘Spam’ TikTok Live Tulis Nama ‘Syed Saddiq’, Aliff Aziz Didakwa Koyak?- “Dia Tak Respons Komen, Buat-Buat Busy” 

Sesi siaran langsung penyanyi dan pelakon sensasi, Aliff Aziz menerima perhatian ramai di media sosial.

Sebuah tangkapan skrin tular di TikTok memaparkan aktor itu membuat ‘live’, namun apa yang mencuri perhatian adalah netizen seolah-olah berpakat membanjiri ruangan komen dengan nama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, netizen menulis nama Syed Saddiq mencecah lebih 1,000.

Meninjau ke ruangan komen, segelintir netizen mendakwa pelantun lagu Sayang Sayang itu mengelak daripada membaca komen serta tidak berinteraksi dengan penonton yang melihat siaran langsung TikTok itu.

Sebelum ini, nama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq hangat menjadi perbualan ramai di media sosial selepas dilihat terlalu akrab dan mesra bersama aktres, Bella Astillah.

Sekadar info, Aliff berkahwin dengan Bella pada 9 September 2016, namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.

Pasangan itu bercerai untuk kali kedua pada 12 Jun 2024.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Terdahulu pada 9 Mac 2024, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan pelakon Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.

@auntykreview

Ah jgn lupa follow min! #bellaastillah #aliffaziz #syedsaddiq

♬ headlock x jinx from arcane – ZOMBIE

 

 

Scroll to Top