Penyanyi dan pelakon sensasi, Aliff Aziz kembali bergurau manja dengan pelakon wanita, Ruhainies selepas sekian lama tidak berinteraksi di media sosial.
Interaksi mesra itu menarik perhatian netizen yang rata-rata mula berspekulasi tentang kebenaran hubungan cinta antara mereka.
Emoji diberikan Aliff Aziz ada maksud tersirat?

Ruhainies, 33, berkongsi gambar dirinya menggayakan busana merah jambu bersama sebuah kereta mewah dengan kapsyen berbunyi, “Tenaga adalah ‘mahal’, kita tidak akan berikan ‘percuma’ tahun ini“.
Menariknya, Aliff Aziz, 34, tidak melepaskan peluang untuk meninggalkan tiga emoji yang menggambarkan perasaan kagum, menggigil, dan cinta. Ruhainies pula membalas dengan tiga emoji hati merah, menambahkan lagi tanda tanya di kalangan peminat.

Nama Aliff dan Ruhainies pernah terpalit dengan kontroversi panas pada 9 Mac 2024 apabila mereka ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, kedua-duanya mengaku tidak bersalah dalam prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan pada 3 Julai 2024.
Kes mereka masih dalam perbicaraan, namun interaksi terbaru ini seakan memberi bayangan hubungan mereka masih akrab.
#ApaKataOhmedia
Nampaknya setiap tindakan yang mereka lakukan akan menjadi perhatian. Apapun, kalau betul mereka bercinta apa salahnya, sebab masing-masing pun masih single kan. Kita doakan yang terbaik sahajalah ya…
