Amah Indonesia Tarik Balik Dakwaan Rogol Terhadap Bekas ADUN Perak | Oh! Media

Amah Indonesia Tarik Balik Dakwaan Rogol Terhadap Bekas ADUN Perak | Oh! Media

Mahkamah Tinggi Ipoh dimaklumkan bahawa seorang amah Indonesia yang terlibat dalam kes rogol enam tahun lalu membabitkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong telah memberikan keterangan palsu.

Wanita yang juga mangsa berusia 24 tahun itu menyatakan perkara tersebut kepada Pathurrahman, seorang peguam dari Sumbawa, Indonesia yang juga merupakan saksi pembelaan tambahan.

Sebabkan mahu pulang sanggup beri laporan palsu

Kredit foto: Sinar Harian

Menerusi laporan daripada Sinar Harian, Pathurrahman mendedahkan bahawa mangsa mengakui telah memberikan keterangan palsu dan kini berhasrat untuk menarik semula kenyataannya.

Pada 20 Mei 2024, wanita itu telah datang ke pejabat Pathurrahman untuk mendapatkan nasihat undang-undang dan memaklumkan bahawa dia bekerja sebagai pembantu rumah serta telah membuat aduan bahawa Paul Yong telah merogolnya.

Dia kemudian telah membuat pengakuan bahawa dia telah memberi keterangan palsu terhadap Paul Yong dan kini beliau berhasrat untuk menarik balik keterangan tersebut dan alasan dia memberi keterangan palsu adalah kerana hendak pulang ke rumahnya di Indonesia.-Katanya

Menurut Pathurrahman, dalam surat pernyataan bertarikh 21 Mei 2024, mangsa memaklumkan bahawa dia terikat kontrak kerja selama tiga tahun dan mula bekerja di rumah keluarga Paul Yong sejak 7 Mei 2019.

Mangsa sebenarnya ingin memutus kontrak kerja tetapi dilarang oleh keluarga Paul Yong sehingga harus mencari alasan yang tepat.

Mangsa yang kini bekerja sebagai petani meluahkan rasa kesal dan memohon maaf atas keterangannya yang tidak tepat ketika perbicaraan di Mahkamah Sesyen Malaysia.

Paul Yong masih belum lepas

Kredit foto: Sinar Harian

Mahkamah menetapkan 7 Mac depan bagi mengemukakan pandangan mengenai bukti baharu yang dibentangkan oleh pihak pembelaan, dengan laporan tersebut akan dihantar ke Mahkamah Persekutuan untuk pertimbangan dalam proses rayuan.

Pada 27 Julai 2022, Mahkamah Tinggi Ipoh mendapati bekas Exco Kerajaan Perak itu bersalah atas kesalahan yang berlaku pada 7 Julai 2019 di rumahnya di Ipoh.

Mahkamah Rayuan pada 1 Mac lalu juga telah mengekalkan sabitan salah terhadap Paul Yong atas kesalahan merogol pembantu rumahnya tetapi mengurangkan hukuman penjara daripada 13 tahun kepada lapan tahun, sementara hukuman sebat dua kali dikekalkan.


Scroll to Top