10 syarikat penerbangan paling selamat 2025

10 syarikat penerbangan paling selamat 2025

AirlineRatings.com, satu-satunya laman web dunia yang mengkhusus dalam keselamatan syarikat penerbangan dan penilaian produk, menerbitkan senarai syarikat penerbangan paling selamat di dunia untuk 2025.

Dalam membuat penilaiannya, ia mengambil kira ‘julat komprehensif faktor yang merangkumi insiden serius, kemalangan maut terbaharu, audit daripada badan pentadbir dan industri penerbangan, keuntungan, inisiatif keselamatan peneraju industri, penilaian latihan juruterbang pakar dan usia armada pesawat.’

Berikut adalah 10 syarikat penerbangan perkhidmatan penuh paling selamat:

10. Turkish Airlines

Turkish Airlines diasaskan pada 1933 dan pada mulanya sebagai Turkish State Airlines. Ia mengalami beberapa perubahan nama dalam tempoh 23 tahun sebelum akhirnya dinamakan Turkish Airlines pada awal 1960-an.

9. Alaska Airlines

Alaska Airlines diasaskan pada 1932 sebagai McGee Airways. Ia memulakan operasi sebagai Alaska Airlines pada 1944.

8. Korean Air

Korean Air diasaskan pada 1962 sebagai Korean Air Lines. Ia memulakan operasi sebagai Korean Air pada 1969.

7. Eva Air

‘Eva’ adalah singkatan dari Evergreen Airways, antara dua syarikat penerbangan terbesar di Taiwan – selain China Airlines. Ia diasaskan pada 1989 dan mula beroperasi pada 1991.

6. All Nippon Airways

All Nippon Airlines ialah syarikat penerbangan Jepun. Ia diasaskan pada 1952 sebagai Japan Helicopter and Aeroplane. Pada 1957, namanya ditukar kepada All Nippon Airways Company.

5. Etihad Airways

Etihad Airways diasaskan pada 2003. Ia antara dua syarikat penerbangan bendera Emiriah Arab Bersatu, bersama-sama dengan Emirates.

4. Virgin Australia

Virgin Australia diasaskan pada 2000 sebagai Virgin Blue. Ia memulakan operasi sebagai Virgin Australia pada 2011. Syarikat penerbangan yang berpangkalan dekat Australia itu merupakan syarikat penerbangan terbesar mengikut saiz armada yang menggunakan jenama Virgin.

3. Qatar Airways, Emirates dan Cathay Pacific

Tiga syarikat berkongsi tempat ketiga. Qatar Airways diasaskan pada 1993 dan mula beroperasi pada tahun berikutnya. Emirates diasaskan pada 1985 dan mula beroperasi pada tahun sama.

Cathay Pacific yang diasaskan pada 1946 adalah syarikat penerbangan terbesar di Hong Kong.

2. Qantas

Qantas diasaskan pada 1920. Ia mula beroperasi pada 1922. Qantas ialah akronim daripada nama asal syarikat penerbangan itu, Queensland and Northern Territory Aerial Services. Qantas ialah pemenang 2023 untuk syarikat penerbangan paling selamat di dunia.

1. Air New Zealand

Air New Zealand dinamakan syarikat penerbangan paling selamat di dunia untuk 2025. Ditubuhkan pada 1940 sebagai Tasman Empire Airways Limited, ia memulakan operasi sebagai Air New Zealand pada 1965.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top