Malam ini adalah detik paling mendebarkan—siapakah yang bakal menjulang trofi Calpis Soda One In A Million (CSOIAM)?
Bukan sekadar peminat yang tak sabar menantikan keputusan, malah barisan selebriti tanah air juga sudah membuat ramalan mereka!
Juara CSOIAM bukan hanya membawa pulang hadiah RM1 juta, tetapi juga bakal menjadi bintang baharu yang menggegarkan industri muzik Malaysia.
Dalam kalangan artis terkenal, Jimi mendapat sokongan padu daripada Hael Husaini, Puteri Sarah, Ayie Floor88, Aina Abdul, dan Adam Lee yang terpesona dengan keunikan dan kelunakan vokalnya.
Sementara itu, Kai Deva diramal bakal bergelar juara oleh Nadeera Zaini dan Nabila Razali, manakala Zazzleen mencuri perhatian Anna Jobling, Ain Edruce,dan Hisyam Hamid kerana vokalnya yang unik, persis Amy Winehouse!
Tidak ketinggalan, Naim Daniel dan Tracie Sinidol meletakkan harapan mereka pada Marygrace, yang dianggap sebagai kejutan terbesar musim ini.
Dengan empat finalis yang memiliki keistimewaan tersendiri dan sokongan padu daripada peminat serta selebriti, pentas akhir malam ini pasti penuh aksi dan debaran!
Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang RM1 juta? Anda ada kuasa untuk menentukan!
Selain menonton aksi finalis berentap, anda juga berpeluang membawa pulang hadiah lumayan! Sebanyak RM100,000 hadiah akan diberikan kepada 100 pemenang bertuah hanya dalam satu malam sahaja!
Lebih hebat, 7 buah kereta telah dimenangi sepanjang minggu lepas dan malam ini, hadiah menjadi semakin gempak!
Sama ada anda berada di studio atau menonton dari rumah, jangan lepaskan peluang menyaksikan sejarah tercipta! Ini bukan sekadar pertandingan, tetapi peluang anda untuk menjadi sebahagian daripadanya!
Pentas Grand Final CSOIAM akan disiarkan secara langsung di TV3 dan boleh distrim di Tonton, bermula 9 malam. Untuk aksi eksklusif di belakang tabir, ikuti @CalpisSodaOIAMTV3 di semua platform media sosial.
Dengan persembahan bertenaga dan momen penuh kejutan, Calpis Soda One in a Million menjanjikan final yang ‘fizz-tastic’.
Saksikan pertarungan epik Ahad ini, 9 Februari 2025! Siapa juara pilihan anda?




