Dah 3 minggu, netizen ‘bengang’ siasatan majlis Neelofa & PU Riz ‘tangguh’ lagi

Dah 3 minggu, netizen ‘bengang’ siasatan majlis Neelofa & PU Riz ‘tangguh’ lagi

Biarpun sudah 3 minggu berlalu, siasatan terhadap pasangan selebriti Neelofa dan suaminya pendakwah bebas PU Riz yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) sewaktu majlis pernikahan mereka masih belum menemui kata putus.

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kes itu akan diselesaikan selepas pihaknya melengkapkan beberapa maklumat dalam kertas siasatan sebelum dihantar semula.

Difahamkan lagi sebelum ini, pihaknya telah menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Kita telah menghantar kertas siasatan ke pejabat Peguam Negara dan ada beberapa arahan perlu kita ambil.
“Kita akan lengkapkannya dan hantar semula ke Pejabat Peguam Negara dalam minggu hadapan,” katanya seperti memetik laporan di Astro Awani.

Menjengah komen netizen di Twitter berkenaan isu tersebut, ternyata ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap berita berkenaan.

Mereka menyifatkan keputusan itu sebagai tidak adil. Mana tidaknya, apabila rakyat marhaen langgar SOP terus dikenakan kompaun ‘on the spot’ walhal pihak berkuasa mengambil masa sehingga berminggu-minggu ‘menyiasat’ kes melibatkan selebriti.

Terdahulu, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor dan Haris Ismail diijabkabulkan pada 27 Mac lalu di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Sumber: Astro Awani

Scroll to Top