Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, memuji keperibadian Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, yang disifatkannya sebagai berakhlak mulia.
Menerusi satu hantaran di Facebook, Dr. Zulkifli menegaskan bahawa selain berperwatakan baik, Saddiq juga cemerlang dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ahli politik.
Dalam nada bersahaja, Dr. Zulkifli turut sempat berseloroh dengan Saddiq soal jodoh sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengikutnya.

Perkongsian Dr. Zulkifli itu dibanjiri komen rata-rata netizen yang turut menzahirkan doa kepada Saddiq agar segera mendirikan rumah tangga.

Sejak kebelakangan ini, nama Syed Saddiq hangat menjadi sebutan bersama aktres dan selebriti, Bella Astillah selepas tular beberapa video mesra mereka di media sosial.
Bukan itu sahaja, Syed Saddiq dan Bella Astillah turut sama-sama menawan Gunung Kinabalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Jadi Perisik, Dakwa Syed Saddiq & Bella Astillah Ada ‘Couple Keychain’ Beri Hint Bercinta? – “Kalau Ada Perasaan Je Akan Matchy-Matchy Ni…”




