Mona Allen luah syukur, banyak luang masa dengan suami di majlis agama

Mona Allen luah syukur, banyak luang masa dengan suami di majlis agama

Pelakon Mona Allen meluahkan rasa syukur apabila dapat meluangkan masa dengan suaminya, Pekin Ibrahim di majlis ilmu agama.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen di laman Instagramnya, dia berkata pawagam adalah tempat dia dan suaminya memanfaatkan masa terluang bersama, dahulu.

Mona Allen luah syukur

Mona Allen luah syukur

“Dulu dating kat movie, sekarang dating kat majlis agama..alhamdulilah,” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.

Artikel lain: Ibu titip doa agar Neelofa jadi pendakwah tersohor di seluruh pelosok dunia

Netizen luah syukur

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur apabila melihat perubahan pelakon yang berusia 40 tahun itu yang sentiasa berusaha untuk menjadi muslimah lebih baik.

Semoga dipermudah urusan

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar Mona sentiasa istiqamah dalam menutup aurat dan berharap dia sentiasa bahagia di sisi keluarga tercinta.

Sebelum ini, Mona mendedahkan dirinya bernazar akan berhijab sekiranya dikurniakan cahaya mata selepas lima tahun tahun melayari rumah tangga bersama aktor dan pengarah, Pekin Ibrahim.

Sekadar info, Mona dan Pekin mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Sumber: Instagram @Mona Allen

Scroll to Top