Seorang penyanyi wanita yang ditangkap khalwat bersama lelaki berstatus suami orang pada Selasa lalu dikatakan pernah beberapa kali mengalami kegagalan dalam perkahwinan.
Menerusi laporan Harian Metro, sumber turut mendedahkan bahawa penyanyi berkenaan sudah mempunyai cahaya mata hasil daripada perkahwinan terdahulu.
“Dia juga mempunyai anak,” katanya.
Tambah sumber yang sama, penyanyi tersebut adalah bekas peserta program realiti popular yang disiarkan pada tahun 2010.
Kelmarin, media sosial menjadi kecoh selepas tersebar berita mengenai seorang penyanyi yang juga bekas peserta program realiti ditangkap khalwat bersama kekasihnya yang berstatus suami orang di sebuah rumah sewa sekitar jam 2 petang.
Sementara itu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan kejadian itu tetapi tidak akan mendedahkan identiti penyanyi terbabit.
Pegawai Perhubungan Awam Jais, Nur Syamira Md Suffri, menjelaskan bahawa keputusan tersebut dibuat bagi menjaga aib individu berkenaan, selain siasatan masih dijalankan.
“Jais mengesahkan tangkapan khalwat berlaku membabitkan selebriti namun kami tidak akan mendedahkan maklumat peribadi individu yang ditangkap,” katanya
Pada masa yang sama, tersebar di media sosial dakwaan bahawa penyanyi terbabit adalah Nadeera Zaini.
Bagaimanapun, pengurusnya, Acap, tampil menafikan perkara itu dan menjelaskan bahawa Nadeera sedang sibuk dengan persiapan menjelang pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-39 yang bakal berlangsung Ahad ini.
“Memang kita sudah jelaskan individu ditangkap khalwat bukan Nadeera.
“Tiada sebarang komen daripada Nadeera dan dia tak perlu menjawab apa-apa kerana itu bukan dirinya.
“Semalam, Nadeera ada latihan dan ‘fitting’ baju, jadi tak mungkin dia kena tangkap,” katanya.
Tambah Acap, kontroversi tersebut sedikit sebanyak menjejaskan fokus Nadeera dalam persiapan AJL 39, kerana ramai pihak menghubunginya bagi mendapatkan kepastian.
Jais turut mengesahkan bahawa individu yang ditangkap khalwat itu adalah seorang penyanyi tetapi menafikan bahawa ia melibatkan Nadeera.
Artikel Berkaitan: Nama Disebut-Sebut, Pengurus Nafi Nadeera Terbabit Dalam Kes Penyanyi Ditangkap Khalwat
Artikel Berkaitan: JAIS Sahkan Nadeera Bukan Penyanyi Ditangkap Khalwat
Sumber: Harian Metro