Konsert Calpis Soda One In A Million (CSOIAM)yang berakhir pada 9 Februari lalu membuktikan bahawa ia bukanlah sekadar program nyanyian biasa tetapi acara yang menjadi fenomena dalam industri.
Dengan capaian 4.5 juta tontonan di televisyen, CSOIAM terus mendominasi malam Ahad anda selama lapan minggu berturut-turut sebagai rancangan nombor satu pilihan penonton sambil mencipta impak luar biasa di dunia digital dengan capaian media sosial mencecah 2 bilion penonton setiap minggu dan tanda pagar rasmi #1 trending di X.

Kejayaan ini turut diterjemahkan dalam dunia video digital, apabila jumlah tontonan video sosial mencecah 100 juta dengan peningkatan sebanyak 30% menjelang minggu akhir, di mana TikTok menjadi platform utama, menyumbang 50% daripada jumlah tontonan dan membuktikan tarikan luar biasa program ini dalam kalangan Generasi Z.
CSOIAM bukan sahaja mencipta bintang baharu, malah mendefinisikan semula cara muzik dan hiburan disampaikan kepada penonton moden.
Kejayaan Jangka Panjang
Perjalanan para bintang CSOIAM juga tidak berakhir di pentas finale ini, sebaliknya ia baru sahaja bermula dengan pelan pembangunan bakat yang menyeluruh untuk memastikan kejayaan jangka panjang mereka dalam industri muzik.
Bermula dengan Mentorship Bootcamp, para peserta menerima bimbingan daripada pakar industri dalam aspek vokal, kawalan pentas, dan penjenamaan diri. Mereka juga mendapat pengalaman latihan bertaraf antarabangsa di Jepun bersama penerbit J-Pop terkenal serta peluang untuk meneroka dunia hiburan melalui siri vlog BTS (OIAM Journey).
Finalis turut berpeluang merakamkan single eksklusif dan muzik video profesional hasil kerjasama dengan artis ternama seperti Ade Govinda.
Kejayaan ini disemarakkan dengan detik bersejarah apabila MaryGrace dinobatkan sebagai juara, menewaskan Kai Deva (naib juara), Jimi (tempat ketiga), dan Zazzleen (tempat keempat) dalam pertandingan vokal yang mengagumkan.




Keghairahan peminat terhadap pertandingan ini terbukti dengan 190,000 undian pada malam finale serta peningkatan 54% dalam tontonan siaran langsung di Tonton, menjadikan CSOIAM salah satu rancangan paling popular di platform digital tempatan.
Sebagai penutup, Amy Gan, Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, menyampaikan penghargaan dan kebanggaan terhadap kejayaan musim ini.
“Dengan berakhirnya musim yang penuh kehangatan ini, Calpis Soda One in a Million kini telah mengukuhkan kedudukannya sebagai platform pencarian bakat yang paling berprestij di Malaysia.
“Walaupun musim ini telah melabuhkan tirainya, impaknya akan terus memberi inspirasi kepada generasi artis baru, menyatukan peminat muzik, dan melahirkan bintang-bintang generasi seterusnya.
“Bersama Calpis, perjalanan ini tidak akan terhenti di sini; kami akan terus membawa keceriaan dan mencipta lebih banyak kejayaan dalam industri muzik tanah air.”
Kejayaan luar biasa ini sekaligus membuktikan bahawa CSOIAM bukan sekadar sebuah pertandingan nyanyian, tetapi sebuah gerakan yang mengubah landskap hiburan Malaysia.
Acara ini bukan hanya sekadar perjumpaan, tetapi sebuah penghargaan istimewa buat semua yang terlibat. Peminat bukan sahaja dapat mendengar showcase eksklusif daripada finalis, tetapi juga berpeluang untuk bergambar, berbual mesra, dan merayakan detik kegemilangan bersama mereka. Dengan suasana yang santai tetapi penuh emosi, acara ini menjadi tanda penghargaan kepada semua yang telah menyokong CSOIAM.

Terdahulu, pada 14 Februari, pihak CSOIAM telah mengadakan Listening Party yang juga acara Meet & Greet eksklusif yang diadakan di APW Bangsar.
Acara istimewa ini bukan sekadar perjumpaan biasa, tetapi satu malam penghargaan yang penuh makna selain berkongsi momen di mana peminat setia, keluarga, dan rakan-rakan berkumpul untuk merayakan perjalanan luar biasa para finalis, dari sesi ujibakat hinggalah ke pentas finale.
Ini adalah penutup yang sempurna untuk Calpis Soda One In A Million, namun juga permulaan baru bagi bintang-bintang yang telah bersinar!
Tahniah kepada semua pemenang, peserta, serta tenaga produksi yang telah menjayakan program ini! Dengan impak yang begitu besar di TV dan media sosial, CSOIAM pastinya akan terus dikenang sebagai salah satu program hiburan paling berpengaruh di Malaysia. Sejuta soda, satu juara – fenomena yang akan kekal dalam ingatan!




