Selangor FC dan PDRM bagaikan antara dua darjat berbeza

Selangor FC dan PDRM bagaikan antara dua darjat berbeza

mohdsyazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pengendali PDRM FC P Maniam mengakui taraf pasukannya dan Selangor FC bagaikan antara ‘dua darjat’ hingga sukar untuk merakam kemenangan pada aksi final pertama Piala Cabaran 2024-2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam tadi.

Beliau berkata, walaupun Selangor FC beraksi dengan 10 pemain namun situasi terbabit sebenarnya tidak memberi kelebihan kepada PDRM untuk mencipta kemenangan pada perlawanan itu.

Katanya, kualiti dan kehebatan pemain yang dimiliki Selangor FC ternyata cukup sukar untuk digugat walaupun mempunyai deretan peluang untuk sekurang-kurangnya mengikat perlawanan itu.

“Kita banyak lepaskan gol mudah kepada Selangor FC namun secara keseluruhan, perlawanan mala mini cukup baik dan hebat.

“Jika dilihat pada perlawanan itu, sebenarnya perbezaan kualiti pemain menyebabkan kita sukar mencipta kemenangan dengan mereka pula memiliki tonggak berpengalaman dan hebat.

“Saya tidak mahu memberi alasan berkaitan kekalahan itu dan bersedia memikul tanggungjawab untuk bangkit pada perlawanan kedua pada minggu depan,” katanya.

Pada perlawanan malam tadi menyaksikan Selangor FC membawa bekalan tipis ke Selayang selepas menang 3-2 ke atas PDRM FC.

Kemenangan itu membolehkan skuad Merah Kuning memiliki kelebihan satu gol sebelum sekali lagi bertemu pada final kedua di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Sabtu depan.

Keputusan itu sekali gus menyebabkan PDRM FC terpaksa bekerja keras dengan merekodkan kemenangan menerusi bagi mencerahkan peluang menjulang Piala Cabaran.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top