“Secara jujur saya mahu berserah kepada Allah.
Demikian respons penyanyi bersuara emas, Nadeera Zaini selepas mejadi antara peserta finalis kegemaran yang diramal bakal menjulang anugerah Juara Lagu kali ke-39 ini.
Bercakap kepada XTRA, apa sahaja keputusan pada malam kemuncak nanti, dia hanya mampu berserah kepada Allah sekaligus menganggap kemenangan itu nanti sebagai bonus untuknya.
“Menang itu bonus, tapi kalau tak menang saya percaya ada kebaikan selepas itu dan doakan saya juga.
“Ramai juga yang berkata lagu ini menjadi ramalan, alhamdulillah.
“Tapi saya tak nak ambil pusing kerana bila terlalu memikirkan soal itu saya akan pressure dalam diri saya. Jadi saya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi,” katanya.
Dalam pada itu, Nadeera juga mengucapkan terima kasih buat Neelofa kerana termasuk dalam senarai ramalan selebriti popular itu pada tahun ini menerusi lagu Bukan Lagi Kita.
“Alhamdulillah, terima kasih Kak Lofa, saya sangat meminati Kak Lofa. Terima kasih.
“Insyaa-Allah, ada rezeki maka ada. Kalau tak ada, it’s okay… sebab itulah yang terbaik untuk orang lain sebenarnyadan itulah yang Allah dah takdirkan untuk sesiapa pun,” jelasnya
Berkongsi mengenai naskhah lagu ini, Nadeera menyifatkannya sebagai lagu yang sangat menakjubkan dalam hidupnya.
“Alhamdulillah, ini adalah lagu yang sangat menakjubkan dalam hidup saya sebenarnya.
“Lagu ini sangat memberikan impak yang besar dalam hidup saya, dimana orang mengenali saya dengan lagu ini.
“Setelah berkurun saya mencuba dan Alhamdulillah. Bukan Lagi Kita sangat istimewa untuk saya dan saya akan ingat sampai saya mati,” ujarnya.

AJL39 dihoskan oleh Naz Rahman dan Sissy Iman, dan bakal berlangsung malam ini di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil dan dipancarkan secara langsung di saluran TV3 serta boleh distrim di Tonton, jam 9 malam.
Jangan lepaskan perkembangan yang menarik berkenaan AJL39, pastikan anda mengikuti laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram @tv3malaysia.
Mari cipta gelombang di media sosial! Gunakan hashtag rasmi #AJL39 #NadaRasa #TerangkatRasa dan kongsi ramalan anda siapakah juara sebenar AJL39?




