Lagu ‘Hening Rindu’ Marsha Milan Sentuh Jiwa Thalita, Shuib Dedah Punca Anak Menangis

Lagu ‘Hening Rindu’ Marsha Milan Sentuh Jiwa Thalita, Shuib Dedah Punca Anak Menangis

Anak kepada usahawan selebriti, Shuib, iaitu Thalita menuai sorotan selepas tindakannya yang gagal menahan sebak saat Marsha menyanyikan lagu Hening Rindu di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) pada Ahad masih menjadi tanda tanya.

Justeru, bagi menjelaskan mengenai situasi tersebut, Shuib mendedahkan bahawa pada mulanya dia tidak perasan anaknya itu menangis ketika persembahan tersebut berlangsung.

Ini kerana, dia juga sedang mengalami perasaan sama tatkala mengenang arwah isterinya, Siti Sarah Raissuddin yang juga pernah berada di pentas berprestij itu.

“Saya pun tak perasan dia menangis sebab saya pun nak nangis.

“Daripada start Marsha nyanyi, saya pun nak nangis sebab teringat sesuatu tentang stage itu,” katanya.

Dalam pada itu,  Shuib atau namanya penuhnya, Shahmira Muhamad, 41, mengaku, tindakan anaknya perempuannya itu yang gagal menahan sebak mungkin disebabkan Thalita terlalu menjiwai lirik lagu tersebut ditambah pula dengan cara persembahan Marsha yang begitu menusuk hati.

“Saya tanya dia  (Talita) kenapa menangis? Dia cakap, dia pun teringat sesuatu juga. Tapi tak bagitahu ‘sesuatu’ tu apa. Tapi mungkin dia teringat arwah dan satu lagi lirik lagu tu kot,” jelasnya.

Terdahulu, persembahan Marsha menerusi lagu Hening Rindu memukau hati ramai sekaligus menuai pujian dalam kalangan warganet.

Lagu ciptaan Ikhwan Fatana dan Wan Salleh itu akhirnya dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL 39) sekaligus membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 bersama trofi

ARTIKEL BERKAITAN:AJL39: Nyanyian Berjiwa, Marsha Milan Rampas Gelaran Juara AJL.. Jom Semak Keputusan Penuh!

ARTIKEL BERKAITAN:Ekspresi Suara & Wajah Sempurna, Netizen Tak ‘Move On’ Persembahan Marsha – “Simple Tapi Beri Impak”

ARTIKEL BERKAITAN:Air Mata Marsha Milan Mengalir, Trofi Juara AJL39 Hadiah Terindah Selepas Perjuangan 20 Tahun

Scroll to Top