Memalukan! Seorang guru sambilan warganegara Malaysia kantoi mencuri kad kredit dan wang tunai ketika aktiviti bola keranjang berlangsung di sebuah kelab sukan di Osaka, Jepun.
Berdasarkan laporan Berita Harian, suspek sebagai Wong Ka Fei dipercayai menyamar sebagai warga tempatan dan menyelinap masuk ke dalam kelab sukan tanpa disedari ahli kelab.
Kantoi selongkar beg dan mencuri
大阪府高槻市のバスケットボールサークルで練習中に現金やクレジットカードなど窃盗
日本名を使い初参加していた中学校非常勤講師でマレーシア国籍のウォン・カ・フェイ容疑者(26)逮捕
カメラには男が物色する様子が映る pic.twitter.com/tTKrKWZogF— Tokyo.Tweet (@tweet_tokyo_web) February 17, 2025
Polis Jepun dalam satu kenyataan rasmi berkata, suspek berusia 26 tahun itu telah ditahan untuk tindakan lanjut.
Salah seorang ahli kelab sukan yang menjadi mangsa melaporkan bahawa beliau kehilangan beberapa keping kad kredit serta wang tunai dalam jumlah yang agak besar.
Jumlah kerugian dianggarkan berjumlah puluhan ribu yen dalam bentuk tunai dan kad kredit.
Walaupun Wong mengaku mencuri beberapa kad kredit, dia menafikan terlibat dalam kehilangan wang tunai yang dilaporkan oleh mangsa.
Polis Jepun sedang lakukan siasatan, ada banyak kes sama?
Kini, polis Jepun sedang menyiasat sama ada suspek terlibat dalam beberapa kes kecurian lain yang dilaporkan di bandar itu.
Ada Msian kantoi curi duit & cc dkt Japan. Total kerugian dlm RM30k. Masuk news sampai famous sudahh🥶 Kalau baca replies bawah tweet ni penuh rant terhadap foreigner dkt sana https://t.co/GsrxJoj8aj
— Superpja (@pja_chan) February 17, 2025
Terdahulu, tular di media sosial rakaman video menunjukkan lelaki itu sedang menyelongkar sebuah beg yang diletakkan di tepi gelanggang sukan.
Insiden ini menyebabkan rata-rata netizen Jepun marah dan meminta tindakan tegas diambil terhadap warga asing.
#ApaKataOhmedia
Kejadian ini menjadi pengajaran supaya sentiasa menjaga maruah dan nama baik negara di mana saja berada. Jangan kerana perbuatan segelintir individu, seluruh rakyat Malaysia mendapat imej buruk.





