Ketika bulan Ramadan, pastinya ramai yang mencuri peluang untuk berbuka bersama teman-teman. Pastinya aktiviti tersebut menjadi lebih seronok jika dilakukan beramai-ramai.
Namun, dalam seumur hidup mesti pernah ‘dikhianati’ teman sendiri apabila beriya-iya mengajak makan bersama tapi akhirnya bayang dia langsung tak kelihatan.
Hal ini samalah seperti yang dihadapi oleh seorang pengguna TikTok memakai nama akaun @finnfrhnx apabila rakannya berjanji untuk berbuka puasa bersama namun tidak munculkan diri.
@finnfrhnx This is why i have a lot of trust issuez with people hurmm :/ #fypシ #fyppppppppppppppppppp #fyp #shouldbeme
Dalam luahan tersebut, pemuda itu sempat berkongsi perbualan bersama rakannya yang bersungguh-sungguh mengajak berbuka puasa bersama.
Dan ketika waktu azan Magrib sudah berkumandang, dia hanya makan dan minum seorang diri tanpa kehadiran rakannya itu.

Hal tersebut membuatkan @finnfrhnx kesal dan meluahkan diruangan kapsyen dengan memberitahu masalah trust issue yang dihadapi terhadap orang lain berpunca daripada perkara-perkara seperti ini dan ia akhirnya terjadi lagi.
Oleh hal yang demikian, menerusi ruangan komen, ramai yang meninggalkan pelbagai reaksi melihat kejadian seperti itu. Rata-rata daripada mereka mengakui tindakan rakannya sangat tidak patut.
Ada juga yang berkongsi pernah mengalami perkara sama dan rasanya sangat menyakitkan.






Sumber: @finnfrhnx




