Selepas pentas finale yang menghangatkan program Calpis Soda One in a Million (CSOIAM), keseronokan berterusan menerusi Malam Fizz & Chill – sesi ramah mesra secara eksklusif bersama peminat dan pihak media, meraikan perjalanan luar biasa empat finalis CSOIAM menuju ke sesuatu yang megah! Bertempat di APW Bangsar, acara ini menampilkan juara baharu iaitu Marygrace, bersama tiga bintang yang mencuri perhatian, Kai Deva, Jimi dan Zazzleen, dalam satu malam cukup istimewa, keterujaan dan momen yang menyentuh hati.

Dikemudikan oleh Fiza Frizzy, pengacara yang bertenaga dan ceria, seiring dengan semangat bubbly Calpis Soda, malam itu memberi peluang eksklusif kepada peminat untuk berinteraksi secara intim dengan finalis kegemaran mereka. Lebih daripada itu, mereka menjadi antara yang pertama mendengar lagu-lagu single terbaharu daripada para finalis CSOIAM! Dengan kehadiran lebih 120 peminat setia, acara ini bukan sahaja mencipta kenangan bermakna tetapi juga mengukuhkan peranan Calpis Soda dalam menyuntik aura positif dan keseronokan dalam kempen ini.
Mengulas mengenai kejayaan acara ini, Santharuban Thurai Sundaram, Ketua Pegawai Eksekutif Etika Group of Companies berkata, “Malam Fizz & Chill adalah penutup yang sempurna untuk musim yang luar biasa ini, membawa peminat lebih dekat dengan finalis sambil memberikan mereka ruang untuk mempersembahkan karya asli dalam suasana yang intim. Tenaga yang luar biasa, keterujaan peminat, serta hubungan erat antara peserta dan penyokong mereka benar-benar magis. Inilah sebab utama kami memulakan perjalanan ini – untuk mencipta momen yang tidak dapat dilupakan dan membuka peluang besar buat bakat-bakat hebat. Kami tidak sabar untuk melihat finalis berkembang lebih jauh dan akan terus menyokong platform yang meraikan seni, impian dan semangat tanpa batas bakat Malaysia.”

Beliau turut menambah, “Calpis Soda One in a Million telah melebihi jangkaan kami, bukan sahaja dari segi jumlah tontonan tetapi juga impaknya terhadap peserta dan peminat di seluruh negara. Dari awal, matlamat kami bukan sekadar mengadakan pertandingan – tetapi membina platform yang mampu mengangkat bakat tersembunyi, menginspirasi generasi artis baru, dan menyatukan rakyat Malaysia melalui muzik. Sambutan luar biasa daripada peminat, jumlah undian yang mencatat rekod, serta semangat yang mengiringi setiap episod telah membuktikan CSOIAM sebagai pencarian bakat paling unggul di Malaysia. Melihat Marygrace dan finalis lain melangkah ke dalam industri muzik adalah bukti kekuatan platform ini, dan kami amat bangga dengan pencapaian ini.”
Selepas lapan episod penuh debaran, Marygrace dinobatkan sebagai juara Calpis Soda One In A Million, membawa pulang pakej hadiah bernilai RM1 juta yang merangkumi PEUGEOT 408 GT baharu bernilai RM195,000, wang tunai RM500,000, dan kontrak rakaman bersama Alternate Records. Dengan persaingan sengit dari Kai Deva, Jimi dan Zazzleen, masing-masing memikat hati rakyat Malaysia dengan gaya tersendiri, vokal memukau dan aura bintang, Marygrace membuktikan beliau adalah satu dalam sejuta pada musim ini!
CSOIAM benar-benar mencetuskan fenomena apabila menjadi trending nombor satu di media sosial sepanjang musim ini, mencatat lebih 100 juta tontonan dengan 50% daripadanya datang dari TikTok! Malah, episod finale sahaja berjaya meraih 190,000 undian dan ditonton lebih 4.5 juta penonton di TV, menjadikannya antara acara hiburan paling mendapat perhatian tahun ini. Daripada persembahan penuh tenaga hingga saat penyingkiran yang mengundang emosi, CSOIAM bukan sekadar pertandingan bakat – ia menjadi gerakan nasional yang membuktikan muzik mampu menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang.

Namun, lebih dari sekadar kejayaan program, Calpis Soda terus komited dalam memperkasakan bakat muda dan memperkayakan landskap hiburan Malaysia. Sebagai jenama yang mengangkat kegembiraan, tenaga dan ekspresi diri, Calpis Soda sentiasa mencipta pengalaman yang menghubungkan peminat dan artis. CSOIAM hanyalah permulaan, dengan Calpis Soda terus mencari cara baharu untuk memberi peluang kepada bakat muda, menggerakkan komuniti, dan menyemarakkan semangat mereka yang berani bermimpi. Melalui kerjasama strategik dan inisiatif bermakna, jenama ini terus mengukuhkan dedikasi jangka panjangnya dalam memartabatkan seni dan meraikan kreativiti.
“Dengan satu musim yang luar biasa kini melabuhkan tirai, Calpis Soda One In A Million telah mengukuhkan kedudukannya sebagai pencarian bakat nombor satu di Malaysia. Walaupun pertandingan telah berakhir, impaknya akan terus dirasai. Kami akan terus menyebarkan kegembiraan bersama Calpis, memberi inspirasi kepada bakat baharu, dan menyatukan peminat muzik. Program ini membuktikan bahawa impian berbaloi untuk dikejar, dan kami berbangga menjadi sebahagian daripada gerakan luar biasa ini,” kata Amy Gan, Naib Presiden Pemasaran, Etika Sdn. Bhd.
Malam Fizz & Chill menjadikan pentas CSOIAM sebagai penutup yang sempurna untuk satu musim yang tidak akan dilupakan. Dari persembahan hebat hingga detik-detik yang mengubah hidup, pertandingan ini telah mencipta sejarah baharu dalam industri muzik Malaysia.
Sebagai penutup malam yang gemilang ini, peminat pulang dengan rasa teruja dan tidak sabar melihat ke mana hala tuju kerjaya bintang kegemaran mereka selepas ini. Walaupun pertandingan telah tamat, perjalanan mereka baru sahaja bermula. CSOIAM komited untuk terus membimbing mereka melalui mentoring bersama pakar industri, kelas J-pop eksklusif, dan pendedahan di belakang tabir industri muzik global. Selain itu, para finalis juga bakal berkolaborasi dengan artis Indonesia Ade Govinda menerusi sebuah single & muzik video, menandakan langkah pertama mereka ke arena muzik profesional.




