Penyanyi, Amira Othman tampil menafikan dakwaan sudah bertunang dengan aktor, Fattah Amin seperti yang heboh di media sosial sejak Jumaat lalu.
Ketika ditemui XTRA, Amira atau nama lengkapnya, Nadia Amira Othman, 32, berkata menjelaskan tiada sebarang majlis atau ikatan pertunangan yang berlaku antara mereka.
Difahamkan, gosip tersebut mula tercetus selepas timbul dakwaan mengatakan ahli keluarga Fattah datang ke Johor Bahru untuk merisiknya.
“Pasal bertunang, saya tak tahu dari mana datang termasuk ada yang nampak saya pakai baju putih pada Jumaat lalu sedangkan saya selalu saja memakai busana warna tersebut.
“Jadi, saya tegaskan tiada sebarang majlis pertunangan antara saya dengan Fattah.
“Saya terkejut tidak tahu datang dari khabar angin tersebut tapi memang ada peminat yang teruja dengan spekulasi berkenaan,” katanya.
Amira berkata demikian ketika ditemui di majlis kempen Ramadan Raya Indahkan Memori Media Prima di Rumah Abang Jamil di Kuala Lumpur.
Mengulas sekiranya dia rimas kerap digosipkan bercinta dengan Fattah, pelantun lagu Bila Nak Kahwin itu bagaimanapun terbuka dengan perkara tersebut.
“Benda begini saya yang mulakan iaitu gimik pelancaran single sebelum ini.
“Saya sendiri pernah beritahu bahawa ini adalah implikasi yang perlu dihadap. Jadi, tidak ada timbul isu rimas dan tenang-tenang sahaja hadapi semua ini sebab semua gosip itu tak betul.
“Saya pun tak ada rasa kekok bila jumpa dengan Fattah, ini lumrah jadi anak seni,” katanya lagi.
Berkenaan reaksi ibu bapanya terhadap gosip yang tular itu, Amira menjelaskan bahawa mereka tidak terlalu mengambil serius.
“Mak dan ayah saya orang yang tenang.
“Mereka pun tak bertanya sebab mungkin faham bahawa isu ini tercetus kerana peminat yang terlampau teruja tentang kami,” ujarnya.
Dalam pada itu, sebelum ini Fattah mengaku terkejut mendengar berita mengatakan dia sudah bertunang dengan Amira.
Artikel Berkaitan: Fattah Amin Dah Bertunang Dengan Amira Othman? Ini Jawapan Empunya Badan
Terdahulu, sebuah portal melaporkan gosip Fattah sudah bertunang dengan penyanyi lagu Hati-Hati itu.
Fattah dan Amira didakwa sudah bertunang dalam sebuah majlis pada Jumaat lepas dan mereka dikatakan bakal mendirikan rumah tangga Syawal ini.
Artikel Berkaitan:



