Pelakon berbakat besar, Tiz Zaqyah tampil mempertahankan Ellie Suriaty Omar dalam satu hantaran Instagram Stories baru-baru ini.
BACA: “Kenapa Marah Sangat Ni?” – Imran Bard Gelar Netizen FB Sebagai Bidadari Dan Putera ‘Vintage’
Dalam perkongsian tersebut, Tiz meluahkan rasa hormat dan kagumnya terhadap Ellie yang disifatkan sebagai seorang yang berhati mulia, sentiasa menyebarkan kata-kata semangat dan hanya berbicara perkara yang baik untuk orang lain.
“Aku sangat kurang setuju dengan cara awak!” – Tiz Zaqyah

Dalam hantaran tersebut, Tiz turut menegur pempengaruh Imran Bard supaya memohon maaf secara ikhlas dan beradab.
Aku sangat kurang setuju dengan cara awak. You’ve got a long way to go, but with this kind of attitude?
Dia menegaskan bahawa jika seseorang melakukan kesilapan dan menyinggung perasaan orang lain, cara terbaik adalah dengan meminta maaf secara ikhlas dan beradab.
Doakan urusan Imran dan ibunya dipermudahkan

Pelakon ini berpendapat Imran Bard sebagai individu yang berbakat besar dan mempunyai perjalanan hidup yang masih jauh.
Tapi sikapnya yang tidak profesional seolah-olah menenggelamkan potensi itu.
Tiz juga mendoakan agar urusan individu tersebut dipermudahkan, terutamanya dalam menjaga ibunya yang sedang sakit.
#ApaKataOhmedia
Dalam dunia hiburan yang penuh dengan kontroversi dan perselisihan faham, sikap saling menghormati dan menyokong antara satu sama lain amat penting. Mungkin Imran Bard boleh mempertimbangkan nasihat senior-senior ini kan?





