Pelakon terkenal, Nora Danish, mengambil keputusan untuk melepaskan semua pakaian seksinya selepas berhijrah dan tampil berhijab.
Nora juga memilih untuk memberikan semua baju lama yang tidak menutup aurat kepada rakan-rakan bukan Islam kerana tidak mahu menanggung dosa jika diberikan kepada rakan-rakan beragama Islam.
Nora Danish dalam proses padam lebih 26,000 gambar peribadi…

Saya dah lama ‘let go’ semua pakaian lama saya dan berikan kepada rakan-rakan bukan Islam secara percuma.
Kalau jual, saya takut nanti saya pula yang tanggung dosa mereka yang memakainya.
Selain membuang baju-baju lama, Nora juga sedang dalam proses memadam gambar-gambar lamanya yang tidak menutup aurat di media sosial.
Saya ada lebih 26,000 gambar di media sosial. Baru beberapa ribu berjaya dipadam, masih banyak lagi yang perlu diteliti satu persatu. Bila tengok gambar lama, saya terfikir sendiri, ‘apa yang aku buat dulu’.
Tapi inilah proses kehidupan, kalau tak lalui dulu, mungkin saya tak akan rasa menyesal seperti sekarang,” jelasnya.
Mohon doa agar terus istiqamah…

Dalam perkongsian yang sama, Nora mengakui bahawa berhijrah itu mudah, tetapi untuk kekal istiqamah sangat mencabar.
Bukan sekadar soal pakaian, tapi juga kena jaga solat awal waktu dan perkara lain.
Saya selalu berdoa agar Allah kekalkan rasa takut dan rasa berdosa dalam diri supaya saya sentiasa beringat. Luahnya lagi.
Nora Danish sebelum ini mula mengenakan hijab selepas berpisah dengan bekas suaminya, Nedim Nazri, sekitar Jun tahun lalu.
Kini, dia lebih aktif menghadiri majlis-majlis ilmu bagi memperbaiki diri dan mendalami agama.
BACA: Nora Danish Mohon Semua Doakannya Agar Kekal Istiqamah
#ApaKataOhmedia
Setiap orang ada perjalanan hidup masing-masing dan penghijrahan bukan satu proses yang mudah. Apa yang penting adalah usaha untuk berubah dan kekal istiqamah. Semoga kita semua terus diberi kekuatan untuk jadi lebih baik.




