Pelakon dan pengacara, Fizo Omar dan isteri, Fezyra Nesry berkongsi berita gembira kepada peminat apabila memaklumkan, bakal menyambut kelahiran cahaya mata keempat mereka.
Menerusi perkongsian di TikTok dan Instagram, Fizo meluahkan rasa syukur dan teruja di atas rezeki yang dikurniakan.
“Dapat adik baru. Alhamdulillah for this blessing.
“Kakak dan adik kena get ready untuk jadi kakak yang baik.
“Excited nak sambut adik baru. Thank you 2025 for being so generous to me,” tulis pada kapsyen video berkenaan.
Dalam pada itu, dia dan isteri juga percaya bahawa rezeki tidak hanya terletak pada wang ringgit semata-mata namun, ia diberikan dalam bentuk kesihatan, cahaya mata dan ketenangan.
“Cahaya mata nama diberi yang datang tak kira ruang dan waktu. Yakinlah pada lorong dan corong rezeki yang hadir daripada cahaya itu. Tidak salah firasatku, benarlah perjanjian dari yang Esa ini.
“Kami bersyukur kerana munculnya cahaya mata yang kami ada, sepi tak lagi terasa kerana tawa kecilnya pemecah kesunyian.
“Walau ada rintangan, di waktu kesempitan, kami kekal percaya akan ada sinar rezeki di setiap cahaya mata bagi meneruskan kehidupan di dunia ini.
“Alhamdulillah, kami bersyukur kepada-Mu kerana kami tahu rezeki bukan dilimpah dalam bentuk kekayaan sahaja. Namun, ianya disimbah dalam bentuk kesihatan, cahaya mata dan ketenangan,” kongsinya.




