Suspek kes cabul di Batang Kali didakwa Khamis

Suspek kes cabul di Batang Kali didakwa Khamis

am@hmetro.com.my

Hulu Selangor: Suspek kes cabul ke atas seorang kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, di sini akan dituduh di mahkamah, pada Khamis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pertuduhan terhadap pemuda lelaki berusia 19 tahun itu akan dijalankan di Mahkamah Majistret Ampang, jam 9 pagi

.

“Pada 21 Februari, kertas siasatan sudah dilengkapkan dan dirujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya IDCC Selangor, hari ini.

“Polis sudah mendapat arahan tuduh ke atas suspek mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Hussein berkata, sabit kesalahan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh disebat.

Terdahulu, media melaporkan suspek ditahan kerana disyaki mencabul budak perempuan yang sedang bersolat Subuh.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang sujud di belakang barisan jemaah wanita.

Rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) masjid terbabit kini tersebar di media sosial, memaparkan kejadian itu.

Suspek kemudian direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top