Misteri kehilangan Hud Aryan Mohd Nor Hafifi akhirnya terjawab apabila kanak-kanak itu ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa oleh pasukan penyelamat, sebentar tadi.
Menurut laporan Berita Harian, kanak-kanak yang berusia 19 bulan yang dilaporkan hilang sejak semalam itu ditemui tersangkut atas pokok di muara sungai di Kampung Kerila jam 4.20 petang.
Difahamkan, penemuan mayat mangsa itu selepas 45 jam dilaporkan hilang dan lokasi penemuan adalah tujuh kilometer dari rumah keluarga mangsa.
Hud Aryan

Artikel lain: Penduduk sanggup cuti, tak pergi kerja demi bantu cari adik Hud Aryan hilang
Berita duka itu disahkan oleh jurucakap bomba namun, belum ada maklumat terperinci berkaitan penemuan tersebut.
Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki itu hilang apabila disedari tiada dalam rumah kira-kira jam 7.20 malam semalam oleh ahli keluarga.
Sebelum kejadian, Hud berada dalam rumah dan diberi makan oleh ibunya sebelum wanita itu masuk ke dapur sebaik selesai menyuap nasi kepada anak tunggalnya itu.
Hud Aryan

Kebetulan juga seorang saudara datang ke rumah dan ketika berbual, dia bertanyakan di mana Hud. Selepas itu, barulah ahli keluarga menyedari kanak-kanak itu hilang.
Operasi mencari Hud Aryan giat dijalankan oleh pihak berkuasa termasuklah penduduk kampung yang turut turun ‘padang’ untuk mencari mangsa.
Sumber: Berita Harian (Nor Fazlina Abdul Rahim)




