Kes khalwat membabitkan penyanyi Aliff Aziz dan pelakon Ruhainies dipercayai telah selesai selepas pasangan terbabit membayar denda sebanyak RM3,000 setiap seorang berhubung kes khalwat pada 9 Mac lalu.
Difahamkan, denda itu diputuskan menerusi prosiding yang berlangsung pada Jumaat lalu di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Perseketuan pada Jumaat lalu tanpa pengetahuna pihak media.
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Perseketuan menetapkan tarikh sebutan bagi prosiding kes adalah pada 20 dan 27 Februari ini.
Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz menetapkan tarikh berkenaan selepas kedua-dua pihak bersetuju dengan tarikh yang dicadangkan.
Bagaimanapun, kedua-dua selebriti sensasi itu termasuk peguam yang mewakili mereka tidak hadir ke perbicaraan mahkamah pada 20 Februari lalu sekaligus kes ditangguhkan atas sebab yang tidak pasti.
Malah kelibat kedua-dua selebriti sensasi itu termasuk peguam mewakili mereka tidak kelihatan di mahkamah.
Tinjauan paparan senarai kes yang dibicarakan di dewan bicara berkaitan pada Khamis lalu juga tidak tertera nama Aliff mahupun Ruhainies.
Sementara itu, peguam syarie mewakili kedua-dua selebriti terbabit, Abdul Hadi Mohamad Salleh tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan pengesahan berkenaan perbicaran kes itu.
Terdahulu, pada prosiding yang berlangsung pada 3 Julai lalu, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah dan minta untuk dibicarakan berhubung kes khalwat pada 9 Mac lalu ketika pertuduhan dibacakan.
Pertuduhan terhadap mereka didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pada 20 Jun lalu, Aliff dan Ruhainies hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi proses lanjutan bon jamin terhadap kes khalwat yang dilaporkan berlaku di sebuah kondominium mewah, di sini, di ibu negara pada 9 Mac lalu.
Selepas dibawa ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk disoal siasat, Aliff dan Ruhainies dibebaskan dengan jaminan kira-kira jam 2 petang pada hari sama.