Polis Kelantan memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut terhadap ibu bapa kepada Hud Aryan Mohd Nor Hafifi, kanak-kanak berusia 19 bulan yang ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tragis.
Mayatnya ditemui tersangkut pada pokok di tepi sungai, kira-kira tiga kilometer dari rumah neneknya di Kampung Aira, Kuala Tiga, pada Rabu.
Kematian yang tidak masuk akal?
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, menyatakan bahawa siasatan ini dijalankan kerana terdapat beberapa perkara yang tidak logik mengenai kes ini.
Saya telah mengarahkan Ketua Polis Daerah Tanah Merah untuk menyiasat ibu bapa, ahli keluarga serta penduduk setempat.Mungkin dipercayai ada unsur kecuaian.- Katanya.
Pihak polis kini sedang mengumpulkan maklumat lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian ini.
Sebelum ini, berita kehilangan Hud Aryan mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia. Ia juga merupakan tamparan hebat buat keluarganya, terutama ibu bapanya, Azean Nur Atikah Ramley dan Mohd Nor Hafifi Saidi. Ibu saudara mangsa, Azean Suhaily Ramley, menyatakan bahawa kakaknya menunggu selama enam tahun dan mengalami empat kali keguguran sebelum dikurniakan Hud Arya.





