Lagenda rap tanah air, Malique akhirnya membuat kemunculan mengejut di TikTok dan Instagram dan telah mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat.
Malique ‘come back’

Menerusi satu hantaran di TikTok, Malique atau nama sebenarnya Cairel Edrin Ibrahim, memuat naik foto dirinya di sebuah studio rakaman dengan kapsyen penuh makna.
Aku kembali di dunia sebenarku.
Tidak hanya TikTok, Malique juga membuka akaun Instagram, yang kini sudah mencecah lebih 60,000 pengikut dalam masa singkat!
Bakal kembali dengan karya baru?

Kemunculan Malique di media sosial sememangnya mengejutkan kerana sejak bergerak solo selepas pembubaran Too Phat pada 2007, beliau lebih selesa bekerja di belakang tabir.
Walaupun tidak pernah muncul di media, karya-karyanya tetap menjadi fenomena, termasuk lagu-lagu seperti “Alhamdulillah” dan “Pejamkan Mata”.
Adakah ini petanda Malique bakal kembali dengan lagu baru?
#ApaKataOhmedia
Kehadiran semula Malique di media sosial pastinya membuatkan peminat teruja. Namun, sama ada beliau benar-benar akan kembali ke industri atau sekadar memberi ‘hadiah’ buat peminat setia, kita tunggu dan lihat!





