“Benda Tu Memang Tak Benar” –  Shikin Nafi Emma Maembong Sudah Berkahwin

“Benda Tu Memang Tak Benar” –  Shikin Nafi Emma Maembong Sudah Berkahwin

Kakak kepada pelakon popular, Emma Maembong iaitu Shikin Maembong tampil memberikan resposn susulan dakwaan yang mengatakan adiknya itu sudah berkahwin dengan seorang deejay.

Kata Shikin, berita yang tular seperti sebelum ini adalah tidak benar sama sekali.

Ini kerana, Emma akan memaklumkan dan akan berkongsi mengenai perkara itu terlebih dahulu kepada adik-beradiknya.

“Benda itu memang tak benar langsung.

“Kalau dia berkenalan dengan orang yang baru sekalipun, benda pertama dia akan kongsi dengan kami sebab kita memang sangat rapat antara satu sama lain.

“Kalau ada masalah dia akan kongsi terutamanya mengenai hari yang bahagia. Kalau hari bahagia mestilah dia akan sampaikan dekat keluarga dulu minta pendapat,” katanya kepada pemberita.

Mengaku terkejut, Shikin juga menjelaskan mengenai kenyataan DJ Kidd sebelum ini yang memanggil Emma dengan panggilan isteri.

“Semua boleh cakap begitu tapi buktinya di mana?

“Biasalah, orang kadang-kadang kawan pun.

“Dia kata memang tak betul, memang tak ada, hanya gosip sahaja. Pada awalnya berita yang macam sebelum ini, memang kita tahu dia berkawan,” jelasnya.

Tambahnya, ketika ini dia tidak mendengar sebarang berita mengenai status adiknya itu sama ada dia berkawan rapat dengan seseorang atau sebaliknya.

“Jadi persiapan (kahwin) atau apa memang tak ada. Bila dah ada dan dia bawa jumpa keluarga barulah saya boleh sahkan. Semestinya saya tengok gambar dan video yang tersebar.

“Tak tahulah pihak sana apa tujuannya, tapi sebenarnya sekarang nampak Emma sibuk dengan shooting. Tak ada pula dating dan sebagainya. Tak ada pun,” kongsinya.

Justeru, Shikin berharap dan sentiasa mendoakan yang terbaik buat adik-adiknya tidak kiralah dengan sesiapa sahaja mereka mahu berkawan.

“Saya sentiasa doakan yang terbaik untuk adik-adik saya. Kalau apa-apa mereka tanya saya, saya cakap tanya diri dulu. Kamu gembira dengan pilihan kamu?

“Macam mana pun kita doakan yang terbaik,”ujarnya.

 

Sumber: Harian Metro

Scroll to Top