Semakin Galak Tinggalkan Komen Di Instagram… Aliff Aziz Selamba Bagi Pickup Line Pada Ruhainies!

Semakin Galak Tinggalkan Komen Di Instagram… Aliff Aziz Selamba Bagi Pickup Line Pada Ruhainies!

Lama mendiamkam diri, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz sekali lagi mencuri perhatian.

Mana tidaknya, tindakan sering berbalas komen dan emoji bersama Ruhainies menerusi hantaran yang dibuat aktres itu di media sosial miliknya menerima pelbagai respons dalam kalangan peminat.

Malah, berdasarkan pemerhatian XTRA, Aliff sekali lagi tampil dengan ‘pickup line’ nya menerusi komen yang ditinggalkan pada sepotong video pendek milik Ruhainies.

Video yang memperlihatkan aktres itu memakai baju berwarna putih sambil mempromosikan produk kecantikan menerima respons ‘manis’ dari Aliff.

Terdahulu, isu kes khalwat membabitkan penyanyi Aliff Aziz dan pelakon Ruhainies dipercayai telah selesai selepas pasangan terbabit membayar denda sebanyak RM3,000 setiap seorang berhubung kes khalwat pada 9 Mac lalu.

Malah, ia disahkan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar apabila memaklumkan kes khalwat membabitkan dua selebriti tanah air, Aliff Aziz dan Ruhainies sudah selesai selepas dua selebriti itu menarik semula pengakuan tidak bersalah dan akhirnya mengaku bersalah dalam satu prosiding yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, pada 21 Februari lalu.

Scroll to Top