Ibu kepada Syed Saddiq iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz berkongsi pandangannya mengenai Bella Astillah, menyifatkannya sebagai seorang yang baik serta memiliki rupa paras dan kelembutan.
Namun, beliau mengingatkan agar sentiasa berwaspada kerana kecantikan tidak kekal selama-lamanya.
Seorang yang baik, rupa paras ada, kelembutan ada tapi setiap manusia seperti mama kata, kita berwaspada kerana setiap kecantikan yang ada, tiada yang kekal selama-lamanya.
Ibunya dalam pada itu turut mendoakan agar Saddiq dipertemukan dengan seseorang yang benar-benar menyayangi dan baik untuknya.
Kita berdoa mudah-mudahan Allah Taala akan dapatkan Saddiq seorang yang boleh menyayangi yang baik.
Nasihat Ibu buat Syed Saddiq…

Selain itu, ibu Syed Saddiq menekankan bahawa keputusan mengenai jodoh terletak pada pilihan Saddiq sendiri, namun berharap agar dia membuat pilihan terbaik dan dapat menyesuaikan diri.
Itu bukan cikgu yang boleh menentukan, ialah Saddiq sendiri tapi mudah-mudahan Saddiq dapat yang terbaik dan dapat menyesuaikan diri.
Beliau juga berseloroh agar Saddiq tidak melangkaui giliran abangnya dalam perihal perkahwinan.
Satu lagi Saddiq, kalau Saddiq dengar, jangan langgar bendul Saddiq, lepaskan abang dulu.
#ApaKataOhmedia
Pandangan ibu Syed Saddiq ini menunjukkan betapa pentingnya restu dan nasihat keluarga dalam urusan jodoh. Sebagai seorang ibu, beliau ingin memastikan anaknya membuat pilihan yang tepat dan tidak tergesa-gesa.





