Meskipun sudah tiga hari berlalu, berita pemergian isteri kepada usahawan dan pempengaruh, Ridzokumura iaitu Akiko Okumura masih menjadi perhatian masyarakat apatah lagi mengenai status keadaan terkini anak tunggal mereka, Sky Taizo Okumura.
Terbaru, menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Ridzo atau nama penuhnya, Abd Ridzuan Abdul Mutalib, 50, memaklumkan anaknya itu seorang yang kuat.
Namun, ada ketikanya Sky juga akan tercari-cari arwah ibunya terutama sekali jika dia bangun dari tidur.
“Sky can be strong right? Dia macam ni dik, kejap lagi dia nangis lepastu dia okay balik.
“Bila dia dengan orang yang rapat dengannya, dia akan nangis, dia sedih. Dia akan sedih teringat mak dia.
“Lepastu kalau dia tidur, dia akan bangun dia akan cari mak dia.. Dia akan sedih balik.
“Sky kata kenapa Tuhan ambil mak dia masa umur dia 13 tahun,” katanya.
Malah, sebagai seorang ayah, Ridzuan juga mengaku bahawa dia harus kuat untuk anaknya itu apatah lagi Sky kini sedang menginjak dewasa.
“Saya kena jadi sangat kuat untuk control dia,” katanya.
Terdahulu, pada Jumaat, Ridzuan memaklumkan bahawa isterinya itu telah meninggal dunia menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.
Bagaimanapun, sehingga kini punca kematian masih belum didedahkan kepada umum.
Sekadar info, Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan Akiko yang juga merupakan seorang wanita asal Jepun pada Februari 2009.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura yang kini berusia 13 tahun.




