Suami Bebas Dakwaan Dera Anak-Anak, Zahnita Pula Dedah Dipukul & Dicekik Gara-Gara Hasutan Wanita Lain?

Suami Bebas Dakwaan Dera Anak-Anak, Zahnita Pula Dedah Dipukul & Dicekik Gara-Gara Hasutan Wanita Lain?

Suami kepada model dan usahawan, Zahnita Wilson akhirnya bebas dari dakwaan mendera dan memukul anak-anaknya seperti yang tular sebelum ini.

Menurut Zackery, dia bersyukur apabila dapat berjumpa dengan anak-anaknya selain mereka juga dibenarkan bermalam di kediamannya pada setiap hujung minggu.

Katanya menerusi perkongsian di Instagram, ini adalah kemenangan kecil baginya.

“Alhamdulillah, a whole day out with my kids.

“Selepas dua bulan melihat mereka dua kali dalam masa dua jam sahaja.

“Akhirnya, mahkamah telah menolak dakwaan bahawa saya mendera anak saya. Dan sekarang saya boleh berjumpa dengan mereka setiap hujung minggu dan meeka boleh bermalam dua kali sebulan bersama saya.

“Ini adalah kemenangan kecil dan saya bersyukur,” katanya.

Bagaimanapun, menerusi pemerhatian XTRA, Zahnita menerusi hantaran di ruangan Instagram Storynya pula mendedahkan bahawa dia pernah dipukul oleh suaminya sehingga menerima lima hingga enam pukulan pada kepala dan lengannya.

“Saya menerima lima hingga enam pukulan dikepala dan lengan sebelum dia mencekik saya.

“Kerana saya sedang bergelut untuk melepaskan diri, saya maklumkan kepadanya bahawa saya tidak akan memberitahu pihak polis, kemudian dia bebaskan saya.

“Saya dipukul kerana hasutan wanita lain. Saya berkata benar, dan tidak lain hanyalah demi kebenaran. Tuhan, tolonglah saya,” tambahnya.

Tidak habis disitu, Zahnita, 40, turut berkongsi video berupa bukti bahawa anak lelakinya menjadi saksi ketika suaminya itu memarahinya.

Scroll to Top