Pelawak dan penyampai radio Hot FM, Johan mencuri perhatian apabila gelagatnya menegur pembantu rumah supaya mengutamakan ibadah menerima respons positif dalam kalangan warganet.
Menerusi perkongsian sepotong video pendek yang dikongsikan isterinya, Ozlyn Waty, di TikTok, kelihatan Johan menemani pembantu rumahnya itu mengaji al-Quran.
“Al-Quran jangan lupa.
“Tak akan setiap masa saya nak dengan maam (ozlyn) nak ingatkan.
“Bila saya panggil untuk berjemaah, harus tinggalkan semua kerja yang kamu buat. Solat dulu.
“Bila saya cakap mengaji, maknanya berhenti buat kerja dan mengaji. Kalau tak sempat nak mengaji, tolong cari ruang,” kongsinya.
Menurutnya, suaminya itu tidak mahu disoal di akhirat kelak apabila pembantu rumahnya itu meninggalkan perkara wajib semata-mata mahu menyiapkan kerja rumah.
“Saya tak mahu di akhirat nanti kamu cakap sibuk kerja dengan saya sampai tak sempat solat dan mengaji quran. Saya tak mahu dituntut esok.
“Kalau mengaji tak faham makna, tanya maam (Ozlyn), kalau maam tak faham baru dia akan tanya saya.
“Begitulah kalau dia nasihat pembantu rumah. Bos yang paling susah nak marah tapi kalau marah satu rumah gerun,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap Johan yang sentiasa menitik beratkan soal agama dalam kehidupan seharian.
@jozlynnhanania_ Dia bebel kat helper.. kerja2.. Quran jangan lupa.. x kan setiap masa sya dgn maam nak ingatkan.. bila sya panggil semua jemaah harus tinggalkan semua kerja yg kamu tgh buat.. Solat dulu.. bila sya cakap semua mengaji makna berhenti setiap kerja dan mengaji.. kalau kamu x sempat nak mengaji sama tlg carik ruang.. sya xnak di akhirat nnt kamu bilang sibuk kerja dgn sya smp x sempat solat dan mengaji quran.. sya x mahu di tuntut ESOK.. kalau mengaji x paham makna tanya maam.. kalau maam x tahu baru maam akan tanya sya.. haaaaa gitu la kalau dia nasihat semua helper dia.. boss yg paling susah nak marah.. tp kalau dia marah pasti satu umah gerun.. akan ingat la gegaran hamukan dia.. satu taman boleh tau dia naik hantu.. 😂😂 tu la moment dgn helper.. aku boleh ckp dia boss yg baik #johanania #familyhanania #johanohjohan #helper ♬ original sound – JozlynnHanania_




