Dalam bulan Ramadan, ramai ibu bapa mengambil peluang untuk melatih anak-anak berpuasa sebagai persediaan memenuhi rukun Islam.
Jangan paksa, biarkan anak berpuasa ikut kemampuan
Bagaimanapun, pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus mengingatkan agar jangan terlalu memaksa anak kecil untuk puasa penuh jika mereka belum mampu.
Moleklah kalau latih anak berpuasa, tapi jangan paksa mereka. Kalau baru enam tujuh tahun, biarlah mereka ikut kemampuan.
Umur paling sesuai untuk melatih anak berpuasa

Menurut Ustaz Azhar, usia tujuh tahun adalah waktu yang paling sesuai untuk mula melatih anak-anak puasa, sebagaimana yang diajarkan dalam Islam
Yang sebetulnya, kita mula latih anak puasa pada umur tujuh tahun. Kalau sebelum itu pun boleh, tapi ini yang lebih afdal.
Beliau juga menegaskan bahawa melatih tidak bermaksud memaksa, sebaliknya biarlah anak-anak puasa secara berperingkat sehingga mereka benar-benar bersedia.
#ApaKataOhmedia
Melatih anak-anak untuk puasa adalah amalan yang baik, tetapi kesihatan dan kemampuan mereka perlu diutamakan. Jadikan Ramadan sebagai pengalaman yang menyeronokkan agar mereka lebih bersemangat untuk puasa di masa hadapan!





