CYBERJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak Pengerusi Pakatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengkritik syarat Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan peruntukan kepada Ahli Parlimen PN yang dikatakan terlalu ketat dan tidak adil.
Perdana Menteri berkata, ruang perbincangan antara pembangkang dan kerajaan sentiasa terbuka.
“Saya dahulu lima mesyuarat semasa jadi pembangkang. Mesyuarat lah dahulu, draf itu boleh dipinda.
“Ini hendak bising di luar sebab apa? Nak jadi hero jalanan, belajar dahulu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Hasil ke-29, di sini hari ini.
Terdahulu, Muhyiddin menjelaskan PN menolak MoU tersebut sebelum ini kerana syarat yang ditetapkan kerajaan disifatkan terlalu ketat dan tidak adil.
Ia seolah-olah perlu menyerahkan segala-galanya kepada kerajaan hanya untuk mendapatkan sejumlah peruntukan.
BERITA MENYUSUL




