Video Tuduhan Mencuri Raih Lebih 2.6 Juta Tontonan, Roslan Shah Nafi Ambil Duit RM66,000! Berjaya Harungi ‘Ujian Kejujuran’ Pempengaruh Mangobossku

Video Tuduhan Mencuri Raih Lebih 2.6 Juta Tontonan, Roslan Shah Nafi Ambil Duit RM66,000! Berjaya Harungi ‘Ujian Kejujuran’ Pempengaruh Mangobossku

“Tak pernah terlintas dalam fikiran saya untuk saya mencuri duit.”

Demikian kata pengacara dan pelakon, Roslan Shah yang menyangkal dakwaan mencuri wang berjumlah RM66,000 (SGD20,000) milik pempengaruh popular Singapura, Mangobossku.

Menurut pelantun lagu ‘Rojak Maznah Ke Tuu’ itu, video tular di TikTok yang mendakwa wang itu ditemui di dalam beg miliknya sebenarnya adalah sebahagian daripada ‘ujian kejujuran’ yang dirancang oleh pempengaruh dan usahawan itu sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Video TikTok Tular, Pempengaruh Mangobossku Dakwa Roslan Shah Curi RM66,000? – “Dia Cakap Tak Ambil Tapi Duit Ada Dalam Beg”

ARTIKEL BERKAITAN: Beri Penjelasan, Pempengaruh Mangobossku Sangkal Roslan Shah Curi Duit RM66,000… Video Viral Hanya Sekadar ‘Ujian Kejujuran’

Selepas video itu dikongsikan oleh Mangobossku di laman sosial, XTRA memuat naik visual itu kembali di TikTok dan telah meraih lebih 2.6 juta tontonan.

@xtra_my Apa berlaku ni antara Roslan Shah & Mangobossku? 😫 Ada cakap Cik Lan kena aniaya, ada pula cakap sekadar content je 😥 #xtramy #xtratonton ♬ original sound – XTRA

“Gurau kasar memang cara Mangobossku, tapi saya sebagai kenalan, saya tahu hati budi dia dan tak pernah ambil hati atau terasa.

“Kami dah lama kenal tapi mula rapat selama lebih setahun. Mangobossku memang orang yang baik. Saya sudah anggap dia macam keluarga sendiri.

“Selain Mangobossku, saya juga rapat dengan isteri dan anak-anaknya. Mereka memberi kepercayaan penuh kepada saya termasuk pernah memberi kata laluan untuk masuk ke rumah yang dipenuhi barang berharga termasuk wang tunai.

“Malah mereka selalu bawa saya bercuti ke luar negara. Jadi untuk saya mencuri duit jualan perniagaan Mangobossku memang tidak pernah terlintas. Saya ikhlas berkawan dan tidak mahu rosakkan persahabatan,” kata Roslan ketika dihubungi XTRA.

Tambah Roslan, ramai yang mahu tidak senang duduk menyaksikan jalinan persahabatan mereka dan ingin menjauhkan hubungannya dengan Mangobossku.

Namun begitu, persahabatan antara mereka kekal utuh kerana dia tidak pernah mengambil kesempatan atas kesenangan orang lain.

“Banyak mata yang memandang dan mahu menjejaskan persahabatan kami. Sejak video ini tular, ramai yang menelefon Mangobossku bertanya mengenai hal itu.

“Namun dia percaya saya 100 peratus. Dia sahabat yang baik dan saya tidak tergamak melakukan sesuatu yang dia tak suka,” katanya.

Terdahulu dalam video berdurasi lebih dua minit itu, Roslan pada awalnya menganggap Mangobossku hanya bergurau atau melakukan ‘prank’.

Namun, situasi bertukar serius selepas wang SGD 20,000 itu benar-benar dijumpai dalam begnya.

Menafikan dakwaan itu, Roslan menangis teresak-esak sambil mempertahankan dirinya daripada tuduhan mencuri.

Di ruangan komen, ada yang bersimpati dengan Roslan, namun terdapat juga netizen yang membuat spekulasi bahawa penyanyi itu mungkin dianiaya serta berpendapat ia hanya merupakan ‘content’.

Scroll to Top