Keakraban hubungan antara pelakon, Fattah Amin dan penyanyi, Amira Othman sehingga kini masih menjadi perbualan hangat di media sosial.
Menerusi sebuah video tular di TikTok menunjukkan Amira mendukung seorang bayi lelaki di sebuah acara.
Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah usikan spontan Fattah kepada Amira.
“Dah tak sabar ke?” soalnya.
Amira yang menyedari persoalan Fattah itu lantas tersipu malu.
@izzah.zakiah Replying to @IamNur Assalamualaikum Baby Raees here🥰🫶🏻 Salam kenal semua onty oncle ❤️ @FattahAmin @Amira Othman
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen semakin teruja serta terhibur melihat Fattah mengusik Amira.
Sebelum ini, pasangan ini mencuri perhatian apabila Fattah tersasul memanggil Amira dengan gelaran ‘yang’.
Bagaimanapun, kedua-dua pihak Fattah dan Amira menegaskan hubungan mereka hanya sekadar rakan sekerja sahaja.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin Tersasul Panggil Amira Othman ‘Yang’, Netizen Usik Manja! – “Dah Kantoi, Dua-Dua Gelabah Keluar Screen”




