PARIS: Liga Super Eropah (ESL) hari ini berkata mereka akan memikirkan cara untuk membentuk semula kumpulan itu selepas penarikan diri semua enam kelab dari England.
“Memandangkan keadaan semasa, kami akan menimbangkan langkah paling tepat untuk membentuk kembali projek,” kata liga berkenaan dalam satu kenyataan.
ESL direka oleh gergasi bola sepak Eropah bagi memastikan pendapatan daripada perlawanan biasa berdepan satu sama lain tanpa risiko layak bagi kumpulan 15 pengasasnya.
Reaksi terhadap perancangan itu semakin meningkat dengan ahli politik dan pihak berkuasa bola sepak mengancam mengambil tindakan undang-undang berdepan pasukan digelar “sedozen kelab kotor” yang diberitahu, mereka bakal berdepan penggantungan daripada kejohanan domestik dan benua.
Hanya Real Madrid, Barcelona, Atletico Madrid, AC Milan, Inter Milan dan Juventus masih terbabit dalam projek berkenaan.
Chelsea, Manchester United, Liverpool, Arsenal, Tottenham dan Manchester City masing-masing sudah mengumumkan mereka tidak akan mengambil bahagian dalam liga berkenaan.
– AFP
© New Straits Times Press (M) Bhd




