Melihat dari situasi sekarang, majlis berbentuk keramaian dan berkumpul amatlah jarang berlaku, lebih-lebih lagi ketika negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) tempoh hari.
Majlis pertunangan dan juga majlis pernikahan banyak dilakukan secara atas talian bagi mengelakkan sebarang perjumpaan yang ramai serta sentuhan yang boleh menularkan wabak.
Oleh itu, seorang pengguna media sosial dikenali sebagai Nuriyliamalek telah berkongsi momen bagaimana dia bertunang secara online.
Menerusi perkongsiannya di aplikasi TikTok, dia meluahkan rasa syukur kerana ibu bapa serta keluarga dari pihak lelaki sangat memudahkan urusan.
@nuriyliamalek
Dalam bingkisan video tersebut, dapat dilihat ibu dan bapanya berkomunikasi dengan pihak lelaki hanya melalui panggilan video sahaja.
Kemudian, mereka membeli sendiri cincin dan Nuriylia hanya mengenakan baju kelawar dirumah ketika menyarung cincin pertunangannya.
Dalam video yang berlainan, gadis berkenaan mengakui ibu dan ayahnya bersetuju memudahkan urusan bertunang selepas melakukan pelbagai perbincangan serta melihat kondisi ketika ini.
Jadi, masing-masing pun terbuka hati melakukan urusan baik itu dengan ringkas.
@nuriyliamalek Reply to @mk.syu
Sehubugan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang pelbagai diruangan TikTok Iylia.
Rata-rata mengakui seronok apabila urusan pertunangan dipermudahkan oleh kedua-dua keluarga dan mendoakan agar segala urusan gadis itu terus dipermudahkan sehingga ke hari perkahwinan.